kalo saya ada kat rumah wan.. saya ditugaskan untuk duduk di ruang tamu dan perhatikan kalo ada kereta, motor atau lori-lori yang berhenti.. ataupon yang bunyikan hon.. sayalah yang akan jadi tukang jual.. sebabnya takut-takut wan tak dengar bila masak kat dapur.. ataupon wan masih di luar ataupon di belakang rumah..
sebenarnya, saya memang dah ada basic untuk berniaga.. dan saya juga baru realise yang ianya dimulakan oleh nenek saya sebagai generasi yang pertama.. kemudian turun kepada makcik saya yang sangat tegar dalam perniagaan MLM.. sehingga banyak sangat award dan travel sampai ke merata dunia dek kerana pencapaian cemerlangnya sebagai team leader.. kemudian emak saya pula dengan perniagaan butik pakaian.. dan tak lama selepas itu pakcik saya pula menyusul.. sanggup berhenti kerja sekembalinya daripada umrah.. dan terus buka kedai makan.. dan sekarang ni ucu saya pula yang mengikut jejak langkah kakak-kakak dan abangnya.. untuk generasi ketiga ni.. nampak perkembangan yang memberangsangkan.. daripada saya, suami dan adik-adik.. keluarga suami juga tidak terkecuali.. kemudian sepupu-sepupu saya pon ada 5-6 keluarga yang cuba menjinak-jinakkan diri dalam bidang perniagaan ini juga..
jom kita hidupkan sunnah rasul junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w dengan berkecimpung dalam bidang perniagaan.. allahummasolli a'la saidina Muhammad sallallahhu a'laihiwassalam..
No comments:
Post a Comment