Monday, October 7, 2013
fatamorgana..
baru-baru ini suami saya cuba untuk membuat pinjaman perniagaan dengan salah sebuah bank di Malaysia.. bank ini menawarkan pinjaman kepada peniaga kecil-kecilan.. ala-ala pinjaman mikro.. dengan bersusah payah saya membuatkan kertas kerja.. memang kertas kerja tersebut saya buat lebih daripada yang diminta... kemudian pengurus beria-ia berjanji akan menghantar anak buahnya mengambil gambar premis dan sebagainya.. walaupon tertunda beberapa kali.. tapi setelah beberapa kali temu janji barulah anak buahnya itu sampai ke premis suami untuk mengambil gambar dan melihat dengan mata kepala sendiri akan kemudahan yang kami ada untuk menjalankan perkhidmatan katering.. selang beberapa minggu katanya pinjaman suami tidak diluluskan.. atas alasan apa.. saya pon malas nak bertanya lebih lanjut.. suami juga malas nak berulang-alik merayu supaya dapat diluluskan pinjaman tersebut.. saya katakan pada suami, buat masa sekarang kita tak perlu untuk berhabis tenaga meminta pinjaman ke sana sini.. mungkin juga niat kami untuk mendapatkan pinjaman itu sememangnya akan menambahkan beban kepada kami berdua.. adalah HIKMAH di sebalik semua kejadian ini.. jadi kami REDHA dan terima sahaja.. dan saya sebutkan perkataan ini kepada suami, jangan berharap sangat pada benda-benda FATAMORGANA ni.. kita tumpukan sahaja pada usaha, idea dan tulang empat kerat kita ni.. anda carilah sendiri apa maksudnya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment