Friday, October 11, 2013

Guerrilla Marketing

Seorang lelaki yang bernama Jay Conrad Levinson telah meninggalkan dunia semalam pada umur 80 tahun.. beliau lebih dikenali sebagai Guerrilla Marketing Guru kerana telah mengasaskan terma Guerilla Marketing dan telah menyebabkan Guerilla Marketing ini sebagai subjek wajib dalam kelas MBA pada masa sekarang ini.. pada zaman saya belajar dulu, terma ini belom digunakan secara meluas lagi.. pada masa itu juga tidak ramai lagi yang menggunakan medium online sebagai platform untuk marketing.. terutamanya untuk peniaga-peniaga kecil di Malaysia, penggunaannya belom lagi secara meluas kerana masih ada lagi kekangan untuk online, memiliki computer sendiri dan sebagainya.. tetapi untuk negara maju seperti US dan UK sudah ada yang mula mempraktikkan apa yang diperkatakan oleh Jay Conrad Levinson ini..

sememangnya website pada masa ini adalah salah satu medium yang sangat penting untuk aktiviti marketing.. tetapi untuk menjayakan apa sahaja yang ada di dalam website anda, anda sebenarnya memerlukan pengetahuan dalam bidang marketing..

tips-tips untuk mencipta guerrilla marketing secara online antaranya:-

Plan - plan isi kandungan di dalam website anda supaya dapat mencapai target yang anda inginkan..

Isi kandungan di dalam website - apa yang berlaku di dalam website anda supaya orang sentiasa akan dan mahu kembali ke website anda

Design - website design ini adalah seperti cinta pandang pertama.. jika orang suka akan design anda, mereka akan tertarik dan menghabiskan masa untuk explore dengan lebih mendalam lagi website anda.. jika tidak, mintak maaf, selamat tinggal..

ini adalah quote yang saya petik daripada homepage Guerilla Marketing

"If you're guerrilla marketing with technology, you're headed in the right direction. If you're guerrilla marketing without technology, you're not really guerrilla marketing at all."

Selamat mencuba!!!




No comments: