semasa zaman sekolah dulu, bila cuti sekolah aje saya mesti balik ke kampong di batu 12 kapar.. bercuti ke rumah arwah atuk dan wan.. kadang-kadang bukan cuti sekolah pon.. hari minggu sekejap tu pon nak balik ke rumah wan dan atuk.. sebabnya saya anak sulung.. lepas aje lahir terus dijaga oleh wan.. jadinya tersangat manja dengan wan.. tersangat cemburu dengan siapa sahaja yang dekat dengan wan.. kadang-kadang tu sampai bergaduh-gaduh jugalah dengan mak.. sebabnya apa-apa hal mesti saya balik ke rumah wan..
anyway, berbalik kepada kisah saya suka sangat duduk rumah wan.. rumah wan saya ni di kelilingi oleh pokok buah-buahan… rambutan, ciku, manggis, durian.. itu adalah antara contoh untuk buah-buahan yang bermusim.. buah-buahan yang tidak bermusim seperti buah pisang.. yang sentiasa ada sepanjang masa.. wan dan atuk saya ni memang sangat rajin.. atuk saya ada kebun sendiri di tok muda.. pagi-pagi lagi lepas subuh.. lepas minum pagi.. dia akan naik motor dan pegi ke kebun di tok muda untuk mengerjakan pokok-pokok pisang dan pokok-pokok kopi.. yang dekat keliling area rumah, wan saya pulak yang mengerjakannya.. jadinya wan takde la susah-susah nak kena naik motor dengan atuk…
untuk buah-buahan yang tak bermusim seperti pisang.. wan saya akan tebang dan kumpul-kumpulkan pisang-pisang yang dah nak masak (kalernya masih hijau lagi sebenarnya).. tapi mengikut wan saya lagi 2-3 hari akan masaklah pisang-pisang tersebut.. dah lepas ditebang.. akan disisih-sisihkan kepada sikat-sikat yang kecil pula dalam 10 biji sesisih.. kemudian, wan saya akan tarik meja ke depan rumah.. meja tu diletakkan betol-betol di tepi jalanraya depan rumah.. dan wan akan susun sikat-sikat pisang tadi.. satu longgok dijual dalam RM2-RM3 sahaja.. satu longgok tu ada dalam 2-3 sisih pisang.. tengok la berapa besar longgokkan pisang tu.. kalo besar mungkin dalam rm3-rm4.. kalo pisang tu kecik-kecik dan sikat-sikat pon kecik-kecik aje.. dijual dalam rm2 aje..
akan bersambung...
No comments:
Post a Comment