Wednesday, September 19, 2007

trip to johor..

 
Posted by Picasa


Selamat Pengantin Baru Rasidah & Farid..

Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat dan berbahagia selalu..

Saturday, September 15, 2007

Salam Ramadhan Al-Mubarak



Alhamdulillah, ramadhan 1428H menjelma lagi.. syukur pada Ilahi kerana dipanjangkan umur dan bertemu kembali dengan ramadhan tahun ini.. sesungguhnya aku sangat teruja dengan kedatangan ramadhan kali ini.. mungkin kerana usiaku bakal menginjak ke angka baru dalam bulan ini juga.. sesungguhnya kedatangan ramadhan tahun ini membawa makna yang mendalam pada diriku.. aku berazam untuk mengisi segala masa yang ada dengan ibadah sejajar dengan anjakan umurku.. ada satu hajatku yang belum lagi kesampaian iaitu untuk menyambut ramadhan di tanah suci.. semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk sampai ke sana..

kepada yang mengenali, aku mohon keampunan kemaafan andai ada terlanjur kata, tersilap bicara dan juga perilaku yang mengusik naluri dan jiwa.. sesungguhnya kesilapan itu berlaku tanpa disedari dan tanpa niat di hati..

untuk ramadhan kali ini, aku berdoa untuk semua muslimin dan muslimat semoga dipermudahkan dan diberi kekuatan diri untuk meningkatkan segala amalan.. semoga ibadah puasa dan segala amalan kita diterima olehNya.. semoga kita menjadi hambanya yang soleh/solehah sehingga ke akhir hayat.. semoga ramadhan kali ini akan menjadikan diri kita insan yang lebih baik dari sebelumnya.. insya'allah.. ma'assalamah.. ahlan wasahlan ramadhan al-mubarak 1428!