Tuesday, September 9, 2008

alkisah si puteh



pada hari sabtu bersamaan dgn 6 ramadhan 1419 hijrah, di waktu subuh yg hening.. bondaku bersiap2 untuk pergi menunaikan solat subuh berjemaah di surau berdekatan rumah kami.. si puteh pula dgn gembiranya telah bersedia di depan pintu.. untuk mengikuti sesiapa sahaja yg keluar melalui pintu itu untuk bermain bersama2.. bondaku dengan cepat keluar dari rumah kerana telah kedengaran azan menandakan waktu subuh telah pon masuk.. dia tidak perasan akan si puteh yg mengikutinya di belakang untuk bersama2 pergi ke surau.. pada pandangan si puteh, bondaku mahu mengajaknya berlari2 di sekeliling kawasan rumah.. namun sebenarnya surau terletak agak jauh dari kawasan rumah.. dan perlu melalui jalan besar yg dilalui oleh banyak kenderaan.. selalunya kucing2 kami tidak pernah sampai ke kawasan jalan besar.. kerana kawasan perumahan kami yg luas berserta rumah jiran2 yg ada.. telah menjadi tempat persinggahan wajib bagi kucing2 kami.. jiran2 kami juga sudah kenal akan haiwan perliharaan masing2..

si puteh ialah seekor kucing yg telah diambil dari rumah makcikku di kampung.. kebetulan rumah beliau penuh dengan aneka jenis binatang.. dari 6 ekor hamster hingga ke lebih dari 7 ekor kucing.. pernah satu ketika mereka telah membela seekor anak musang.. sementelah rumah kami sunyi kerana cuma ada seekor sahaja kucing.. jadi kami pon ambil seekor yg dipanggil 'skunk' oleh keluarga makcikku.. kerana warna bulunya yg seperti skunk itulah dia mendapat nama itu.. dia adalah kucing yg pendiam.. akan hanya bersuara bila lapar.. dan suaranya kedengaran serak2 basah.. tidak pernah dalam seumur hidupku mendengar suara kucing seperti itu.. itulah pertama kali aku mendengarnya.. pada mulanya terasa sakit telinga bila mendengar dia berbunyi begitu.. tapi lama kelamaan alah biasa tegal biasa.. dan terasa macam tak ceria hariku jika tak mendengar suaranya.. bukan sahaja aku malah seisi keluarga berasakan begitu..

berbalik pada hari kejadian, semasa bangun sahur.. dia ada menunggu di sebelahku.. kerana memang rutin harian apabila aku makan dia akan duduk bersama2ku di atas kerusi.. dan tunggu sehingga aku habis makan.. kerana aku akan memberinya makan selepas itu.. sempat juga aku bermain/bergurau senda dgnnya.. dan itulah kali terakhir aku melihatnya.. oleh kerana tiada ikan goreng yg lebih pada hari tu.. jadi tak dapat aku memberinya makan nasi.. aku hanya memberikannya whiskas.. dia agak kurang gemarkan whiskas.. mungkin kerana dia adalah kucing kampung.. jadi seleranya adalah nasi dan ikan.. tapi pagi itu aku nampak dia seakan selera walau dgn hanya hidangan whiskas.. ataupon mungkin kerana lapar yg amat sangat.. kemudian, dia mengikut ibuku keluar utk ke surau.. menurut kata ibuku, pada hari sebelumnya dia menunggu ibuku balik di sebalik pokok besar yg memang ada di tepi jalan sebelum ke simpang besar.. tetapi pada hari itu.. dia tiada di situ.. ibuku beranggapan dia telah balik ke rumah.. malangnya dia tiada di rumah... bermulalah pencarian kami di seluruh kawasan rumah, kawasan rumah jiran.. pada sebelah petangnya bapaku sanggup berjalan kaki ke bazar ramadhan yg terletak lebih jauh daripada surau.. semata2 mahu mencari si puteh..

kehilangan si puteh amat terasa oleh satu keluarga.. hinggakan ibuku pergi bertanya kepada nenek yg mempunyai kelebihan mendapat alamat dengan gerak rasa hati.. katanya.. 'sudah jauh perginya dibawa lari orang'.. walaupon selepas mendapat berita itu.. kami tetap mencarinya sekitar kawasan kejiranan kami.. tetap tidak ketemuan.. pengajarannya, setiap yang datang akan pergi.. setiap kali kita rasa seperti sesuatu itu kepunyaan kita.. belum tentu akan kekal selama2nya di tangan kita.. semuanya adalah pinjaman semata.. semoga puteh diketemukan dengan tuan yang lebih baik dari kami.. terima kasih kerana menceriakan hidup kami walaupon untuk seketika..