Thursday, October 3, 2013
sambungan cerita ketiga
saya dah join kelas Advance Marketing Power dan Facebook Marketing pada tahun 2010.. lama dah kan?
tapi oleh kerana tiada tindakan apa-apa daripada saya.. pada masa tu saya tak bekerja.. sedang mencari keje... dalam masa yang sama sedang mencari penawar untuk kesakitan saya... sedang mencari jalan macamana nak buat tindakan dengan ELMU yang dipelajari.. tapi oleh kerana saya tiada laptop tiada phone canggih yang boleh nak access facebook dan sms hari-hari.. saya plan nak buat bisnes SMS.. ada system yang kita boleh hantar 10,000 sms dengan hanya 1 klik.. haaa.. macamana tu? kalau berminat boleh la contact saya.. nak sambung cerita lagi, jadinya memang sangat buntu pada masa tu.. tak jadi apa.. of course kalau saya nak buat bunting atau flyers pon masih memerlukan kos.. betol betol? dan mengikut sifu saya, minimum bunting yang perlu dipasang sekitar kawasan perniagaan kita ialah 30 bunting.. bukannya buat 1 pastu letak kat depan kedai.. buat 30 dan cari kontraktor untuk gantung di tiang-tiang elektrik, lampu, kedai etc.. bagi orang nampak apa perniagaan anda.. kena ada permit jugak untuk itu, kan? jadi di masa itu tidak cukup WILL POWER untuk saya merealisasikan apa yang saya belajar.. kemudian di sebalik segala dugaan dan cabaran itu... masa itulah dipertemukan dengan jodoh saya.. kerana hari-hari saya doa, mintak ditabahkan hati untuk melalui apa sahaja segala bentuk kepayahan kerana saya yakin adanya HIKMAH di sebalik semua ini.. inilah sebenarnya THE POWER OF HIKMAH.. cuma kadang-kadang kita macam tak berapa nak yakin sangat pada apa yang kita minta, doa dan hajatkan.. kita tak beria, bersungguh memanjatkan DOA itu.. ANDA MESTI PERCAYA DAN YAKIN DENGAN THE POWER OF DOA.. saya memang tetapkan dalam hati dan diri.. dan saya SANGAT SANGAT PERCAYA apa-apa sahaja yang saya minta selepas ini memang Allah AKAN makbulkan.. kerana melalui pengalaman sebelum-sebelum ini pon, Allah yang menunaikan segala apa yang saya hajatkan.. terjemahan Surah Al-Insyirah "di sebalik segala kesusahan dan kepayahan akan ada kesenangan".. ayat ini diulang sebanyak 2 kali... mengapa sehingga ditegaskan sebanyak 2 kali? kerana inilah KEYAKINAN yang perlu kita TANAM, SEMAT dan SKRU di dalam minda dan hati kita.. atas sebab itu juga kenapa saya sangat berpegang pada ayat tersebut untuk memberi kesabaran dan ketenangan dalam diri... dan apa yang saya dapat di sebalik segala kesusahan dan kepayahan yang saya lalui?.. ialah dapat diketemukan dengan belahan jiwa yang melengkapkan hidup saya.. walaupon pada masa itu dalam keadaan yang sangat serba kekurangan.. saya terima sahaja.. saya tidak berapa nak pandang atau nak ambil kira sangat apa kelayakan akademik yang dia ada, berapa banyak harta yang dia ada.. saya cuma tahu dia dapat membimbing saya.. kerana saya tahu kami adalah dari sekolah yang sama yang sangat menitikberatkan pendidikan agama.. itulah kemudahan dan kesenangan yang dianugerahkan kepada saya.. Alhamdulillah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment