Monday, November 11, 2013

Jumaat yang indah

Hari jumaat lepas dpt pm dr Tuan Dzul, stokis Shugarholic JB, mintak tolong hantarkan Cheesylicious Marie Layer (CML) ke sub-krewnya di Kepong.. saya tanyakan pada krew yang ada di Kepong, Ct Fairus.. tapi dia tak dapat nak tolong sebabnya ada hal keluarga yg tak dapat nak dielakkan malam tu.. jadinya nak tak nak, saya yang kena hantarkan.. nak tak nak TERPAKSA jugak dapat duit malam tu.. hehehe.. sbb saya aje yang free dan available masa tu..

Tuan Dzul dah kat highway balik ke JB.. rupanya nak berbara-bara bere-bere di program MKK di The Zone Sabtu pagi.. mintak maaf la, tak ingat.. almaklumlah kat SACC kan dah lepas.. hehehe.. tapi walaupon saya tak berapa familiar area Kepong ni.. saya pergi jugak dan bawak co-pilot saya dengan GPSnya.. terima kasih kepada my darling sister, Farah Mokhtar.. kebetulan suami balik rumah kejap, jadi saya pon mintak izin boleh ke nak pergi ni? Dia kata OK, takde masalah..
Kakak di Kepong ni memang sangat berharap untuk dapat stok CML sbbnya kat sekolah ada aktiviti besok pagi.. jadinya kena hantar malam tu jugak.. senang jugak untuk dia jual stok drpd makan sorang2 kat umah.. dan Allah permudahkan perjalanan kami.. dalam perjalanan Kak Azie ni pm katanya jumpa di Petronas Bera Mall aje.. memang saya baru aje lalu depan Petronas tu.. MasyaAllah.. jadinya saya pon buat u-turn dan tunggu aje kat Petronas tu balik.. menurut katanya nak pergi ke rumah dia, bagi orang yang tak familiar memang agak mencabar sikit.. dan baiknya hati Kak Azie siap bagi kami bekal durian crepe dan buah jambu… balik tu dia suruh saya ikut kereta dia dan tunjuk jalan masuk ke highway balik.. MasyaAllah.. memang anda tak terduga tak tercapai dek akal akan bertemu dan berjumpa dan bersillaturrahim dengan orang-orang yang sebegini hebat.. saya doakan semoga bertambah-tambah murah rezeki untuk anda berdua, Tuan Dzul dan Kak Azie..

sebenarnya inilah niat kami dalam keluarga Shugarholic Confectionery ni.. niatnya adalah nak membantu lebih ramai dapat duit poket lebih.. nak beri manfaat dan tambah nilai pada hidup ramai orang.. memanglah kalau ikutkan untung memang tak banyak mana.. saya yang berulang dari Klang ke Kepong kalau ikutkan duit minyak dan tol memang tak berbaloi.. tapi saya tolak tepi semua itu.. sebab niat dari awal nak membantu lebih ramai lagi supaya ada lebihan pendapatan.. tengok mata kasar memang tak berapa nak banyak.. tapi what you give you will get more.. InsyaAllah..
Moral of the story:

1st point: cabar diri anda untuk keluar daripada comfort zone.. HIJRAHKAN DIRI ANDA..

2nd point: Nak buat apa-apa pon kena ada persediaan.. ala-ala macam contingency plan (plan kecemasan).. macam saya dah tau tak berapa familiar area Kepong, dan tak pernah jejakkan kaki pon.. jadinya saya bawak gajet yang dapat membantu saya..  supaya dapat kurangkan sikit masa sesat jalan etc.. sbbnya saya ni ada baby kat rumah.. kalau ikutkan tak boleh sesuka hati nak tinggalkan rumah lama-lama gitu..

3rd point: senang buat bisnes secara berjemaah daripada buat sorang-sorang..
itulah ceritanya hari Jumaat yang indah..

 

No comments: