Friday, October 4, 2013
sudah tiba masanya..
semalam saya share kek dengan staff di office.. kek dari Shugarholics yang memang meletop.. boleh refer ke FB Shugarholics.. ada staff yang berkira-kira sangat nak beli.. takut dinner nanti takde duit nak makan.. ada yang mintak kawan-kawan bayar dulu.. tapi sampai ke petang, takde siapa pon yang nak amik dan bayarkan untuk kawan-kawan.. hmm.. sampai begitu sekali yer kalian ni mengikat perut?? kadang-kadang kesian jugak saya tengok.. tapi tak boleh nak bagi FREE sepanjang masa.. sekali-sekala boleh la kan.. sebenarnya scenario inilah yang saya cuba nak ubah.. kalau boleh tak nak ada halangan sampai kena sekat duit bila terasa nak makan satu-satu makanan tu.. sampai bila nak kena tahan makan?? bukannya saya makan banyak pon.. cuma emak saya pesan, apa sahaja yang nak dimakan.. beli aje.. jangan ditahan-tahan.. terutamanya kepada anak-anak.. bukankah itu juga salah satu daripada bentuk sedekah?? sebagai contoh belikan sekotak donut untuk satu family.. ataupon belikan kek untuk adik-adik.. niat kita nak share apa sahaja yang kita makan... kita nak kongsi dengan satu family.. apa salahnya kan??
inilah apa yang sedang saya usahakan.. saya tak mahu anak-anak saya sampai tersekat nak makan.. saya tak mahu anak-anak saya duduk aje di rumah bila tiba hari minggu.. perlu jugak bawak mereka ni jalan-jalan amik angin.. dah la hari biasa duduk kat rumah aje.. hari minggu pon nak bergolek-golek depan tv dalam rumah juga dan makan maggi? sebenarnya saya terbaca cerita ni dari Anis Choc Moist.. bukankah sangat kesian bunyinya tu??
saya pon sebenarnya dah bosan sangat kerja 8pm to 5pm.. ulang alik federal highway.. selama berbelas-belas tahun.. tapi sebab tiada pendapatan lain.. suka tak suka saya terpaksa juga teruskan.. sekarang inilah baru saya menjadi pro-active untuk mencari income-income lain.. kalau diikutkan sebenarnya mengikut kamus orang-orang yang berjaya dari segi kewangan... yang memang dah capai freedom of income.. mereka ni ada macam-macam jenis income... tidak mengharapkan hanya pada satu income sahaja... sudah tiba masanya saya untuk berubah.. Tuhan takkan merubah nasib seseorang itu melainkan seseorang itu yang merubah nasib dirinya sendiri.. bukankah begitu?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment