Tuesday, November 12, 2013

cuit-cuit jentik-jentik

Ada jugak cerita yang tak best berlaku pada saya sebelom hari jumaat yang indah tu.. tapi saya tak berapa fokus sangat pada benda yang tak best tu.. yang bertambah tak bestnya ialah partner saya yang terasa sangat tercalar terguris sangat hatinya dengan perkara yang terjadi..

Saya cuma nak cuit-cuit sikit.. jentik-jentik sikit la yer.. mohon dibukakan hati dan minda anda .. hmm.. macam mana nak sampaikan dengan bahasa yang mudah tanpa mengguriskan hati sesiapa.. macam nilah.. mengikut cikgu/mentor/sifu saya.. adab berguru ialah hormat guru tu sebagai guru.. sebab musabab anda berguru itu ialah untuk menjadi seperti guru tu.. sekurang-kurangnya untuk belajar dan tahu apa yang guru tu tahu.. betol betol? Contohnya anda nak jual satu produk ni.. cikgu/guru anda ni yang kenalkan pada anda produk ni.. pastu dia jugak yang ajar anda mana nak dapatkan produk dan macam mana nak pasarkan etc.. tapi anda kata buat permulaan, anda nak amik produk tu daripada cikgu dululah.. sebab cikgu anda ni ejen kepada produk tersebut.. oklah.. baguslah macam tu kan.. cikgu ni pon baik.. dia kata takpe.. anda boleh amik stok FREE aje dan jual dulu.. dah lepas jual, baru bayar duit modal.. buat permulaannya macam nilah perjanjian antara mereka ni… kalau mengikut logiknya, maksudnya, selepas-selepas ni pon, mestilah anda amik stok daripada cikgu anda nilah kan.. bukannya daripada orang lain..

Tapi rupanya anda terus pergi pada pembekal.. yang bestnya anda tak minta izin pon.. tak tanya pon pendapat cikgu ni.. boleh ke kalau anda nak pergi terus pada pembekal.. anda pergi terus ikut pintu belakang.. macam diibaratkan anda ni tiada adab sopan langsung dengan cikgu anda... sebenarnya, kalau ikutkan cikgu tu tak kisah pon kalau anda nak amik terus daripada pembekal.. tapi bukankah lebih baik lebih beradab kalau anda tanya aje cikgu anda ni dulu?.. “tak kisah ke kalau saya pergi terus kepada pembekal?”.. bukankah lebih baik anda jaga hati dia.. tambahan pula kan ker mula-mula tadi anda dah berurusan dengan dia.. dan dia jugak yang memperkenalkan anda kepada produk yang anda nak jual tu.. jadi secara logiknya teruskanlah apa yang dah dimulakan tu..  ni macam tiba-tiba aje hentikan segala urusan dengan cikgu anda ni tadi.. pastu anda pergi terus cari kat cikgu lain.. padahal untuk benda yang sama aje kan???..

Jadinya perhatikan apa yang terjadi kepada anda.. anda tak cukup modal nak rolling.. orang dah banyak order ni.. tapi anda tak boleh nak deliver.. dan tak boleh nak amik stok.. dan cikgu anda ni pon disebabkan perasaan terguris tadi tu.. dia pon jadi macam tawar hati nak bekalkan anda stok sebab anda dah kecikkan hati dia.. lepas tu dia pon dah tak nak ada apa-apa hubungan dengan anda dah.. sebabnya anda sendiri yang sabotaj diri sendiri dengan perlakuan dan tindak-tanduk anda tu.. mintak maaf cakap tapi itulah sebenarnya yang terjadi.. kan senang kalau anda berjemaah dengan dia buat bisnes ni.. walaupon anda kena bayar lebih sikit.. tapi mungkin dia boleh hulurkan pertolongan lebih kepada anda masa anda susah nanti.. tapi sebab anda sendiri yang telah mensabotaj dan mengeruhkan hubungan anda dengan dia… jadinya minta maaf, untuk pemberitahuan, setakat di sini sahaja perhubungan perniagaan antara anda dan cikgu anda..
Anda kena tahu ni yer.. selain daripada hubungan anda dengan Allah.. anda juga kena jaga segala macam bentuk perhubungan dengan manusia.. tidak kira siapa pon di sekeliling anda.. dan ianya tidak terhad kepada ibubapa, mertua, adik beradik, ipar duai, makcik pakcik, sepupu sepapat etc.. tapi seluruh manusia yang berhubungan dengan anda.. hatta pak guard yang jaga parking kereta sekalipon.. ini ialah MAGNET kepada segala bentuk kekayaan dan kejayaan diri anda..

Anda kena praktikkan.. anda kena muhasabah diri.. anda kena bukakan dan kosongkan minda anda untuk terima apa-apa sahaja jenis ilmu.. baru anda faham dan nampak apa yang saya sampaikan ni.. Wallahua’alam..

Yang baik itu adalah daripada ALLAH SWT semata-mata.. yang buruk itu adalah daripada kelemahan diri saya sendiri.. mintak ampun mintak maaf kalau ada yang tercalar terguris dengan bingkisan ini..

No comments: